Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .... Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan

Tuesday 2 August 2016

TEATER SEWANG NAGA NURI

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Budaya USM dan SK Bayan Lepas 2 telah mengadakan pementasan teater kanak-kanak : Sewang Naga Nuri di Auditorium Dewan Budaya USM pada 29 dan 30 Julai 2016.
"Sewang Naga Nuri" (Diangkat daripada naskhah pemenang tempat pertama sayembara menulis drama kanak-kanak DBP) mengisahkan Min dan Ayu, dua beradik yang menghabiskan masa cuti sekolah di kampung. Melalui cerita daripada atuk, kampung mereka dahulunya terkenal dengan lagenda lanun yang menyimpan harta karun di dalam sebuah gua di belakang Bukit Naga. Berpandukan sekeping peta, Min, Ayu dan sahabat-sahabat mereka, Din, Chong, Siva dan Rini nekad untuk mencari harta karun tersebut. Sewaktu berada di dalam hutan, mereka berjumpa dengan seekor naga yang jahat, labah-labah gergasi dan pelbagai lagi cabaran perjalanan. Dalam masa yang sama, Min dan Din pula diculik oleh dua orang pemburu haram yang menjalankan aktiviti pemburuan haram di sekitar hutan Bukit Naga. 

Karya asal Zainatul Shuhaida ini telah diolah dan diarah oleh Seni Bayan (Tn Hj Ahmad Bin Hashim) serta dibantu oleh pegawai-pegawai, krew dan artis budaya USM.

Sesi latihan lakonan, tarian dan nyanyian telah diadakan selama 20 hari di SK Bayan Lepas 2 dan tujuh hari di USM Pulau Pinang. Uji bakat pemilihan pelakon, penyanyi dan penari telah diadakan oleh pegawai kebudayaan USM pada pertengahan bulan Mac yang lalu. Murid-murid yang telah terpilih telah diberi skrip dan latihan awal seterusnya diberi bimbingan dan latihan intensif sehingga hari pementasan.
Antara kostum-kostum yang dipakai oleh pelakon-pelakon pada hari pementasan
Ruang legar kawasan pintu masuk dan jualan tiket di Auditorium Dewan Budaya USM

Para pelakon, penari dan penyanyi terdiri daripada 15 orang murid tahun tiga, sembilan orang murid tahun empat dan 19 orang murid tahun lima (keseluruhan murid-murid yang terlibat seramai 43 orang). Para pelakon dan pemuzik juga terdiri daripada penuntut Pusat Pengajian Seni USM dan Artis Budaya USM.
Pelakon utama : (dari kiri) watak Siva, Chong, Min, Sali, Din, Ayu dan Rini.
Rama-rama dan nuri
Labah-labah
Bunga (penari)
Haiwan-haiwan (korus dan penari)
Monyet
Pokok (penari)
Murid-murid bersama dengan salah seorang jurulatih (guru) peringkat sekolah.
Barisan VIP yang turut hadir pada malam pementasan (30 Julai 2016) yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor USM, Pengarah Dewan Budaya USM, pegawai-pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dan barisan pentadbir dari SK Bayan Lepas 2.
Pementasan dimulakan dengan persembahan oleh narator jemputan, Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang) dan Mamu Abu (Maharaja Lawak Mega)
Antara babak-babak sepanjang pementasan Teater Sewang Naga Nuri.
Sumber gambar semasa pementasan dari FB : Seni Bayan
Barisan krew produksi dan semua pelakon bergambar sebaik sahaja selesai pementasan

Barisan krew produksi dan pelakon :

Jutaan penghargan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka serta Dewan Budaya USM atas kerjasama menjayakan pementasan Teater Sewang Naga Nuri. Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa murid yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh latihan dan pada hari pementasan. Semoga usaha kita semua dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada diri dan murid-murid SK Bayan Lepas 2 pada masa akan datang.