Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .... Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan

Saturday 26 March 2016

LATIHAN KECEMASAN & KEBAKARAN SKBL2


Satu latihan kecemasan dan kebakaran telah dijalankan pada 25 Mac 2016 di SK Bayan Lepas 2. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bayan Lepas 2 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Barat Daya Pulau Pinang.
 Murid-murid dan guru berkumpul di tapak kecemasan (padang sekolah SK Bayan Lepas 2)
 Guru-guru mengambil kehadiran murid dan memastikan murid berada di kawasan yang telah ditetapkan.
 Ketibaan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Barat Daya Pulau Pinang.
Pegawai bomba menyampaikan taklimat berkenaan dengan  kebakaran dan kecemasan. Beliau juga turut menerangkan tentang langkah-langkah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran.



Friday 25 March 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2016


Unit Disiplin dan Pengawas di bawah Hal Ehwal Murid telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Majlis yang berlangsung pada 25 Mac 2016 telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bayan Lepas 2, Encik Nazri Bin Abd Hamid.
 Barisan pengawas sekolah
 Pengawas pusat sumber sekolah
 Upacara pembacaan ikrar pengawas. Nursyifa Liyana Binti Azhar dari kelas 6 Aktif telah dilantik sebagai ketua pengawas. 
 Pengawas pusat sumber bersama dengan barisan pentadbir dan guru penasihat
 Pengawas sekolah bersama dengan barisan pentadbir dan guru penasihat

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. InshaaAllah..