Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .... Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan

Saturday 23 April 2016

PROGRAM JAYA WARIS SIRI II


Satu Program Jaya Waris bagi siri yang kedua telah diadakan pada 23 April 2016 di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Program yang dilaksanakan ini melibatkan semua murid tahun 6, ibu bapa murid tahun 6 dan guru-guru yang mengajar murid tahun 6. Program ini bertujuan untuk membentuk komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa murid bagi berbincang mengenai perkembangan akademik murid-murid tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi.
 Pendaftaran murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa 
 Sesi bersama dengan Guru Besar SKBL2, Encik Nazri Abd Hamid
 Perkongsian dan perbincangan bersama dengan ibu bapa murid tahun 6
Perbincangan ibu bapa bersama dengan guru-guru yang mengajar murid tahun 6 berkenaan dengan perkembangan akademik murid-murid secara lebih mendalam..

Secara keseluruhannya, Program Jaya Waris Siri 2 yang dilaksanakan ini banyak memberi impak yang positif dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Warga SKBL2 berharap agar ibu bapa dapat bersama-sama bekerjasama bagi meningkatkan pencapaian prestasi murid-murid supaya lebih cemerlang pada masa akan datang..




Saturday 2 April 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


Kem Kepimpinan Pengawas SK Bayan Lepas 2 telah diadakan pada 4 April 2016 di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2. Kem yang dihadiri oleh barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan ketua kelas ini dikelolai oleh barisan guru-guru selaku fasilitator program. Tujuan kem ini diadakan untuk membentuk kepimpinan dalam diri murid di samping membina jati diri masing-masing.
 Acara senamrobik dan senaman pagi
 Latihan dalam Kumpulan (LDK)
 Explorace bagi setiap kumpulan.. 
 Antara salah satu cabaran kumpulan semasa melaksanakan aktiviti ini.
 Selfie bersama dengan pekerja kantin. Salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bersama.
 Mengisi air di dalam botol
 Jangan pecahkan belon itu !!
 Pemenang tempat kedua explorace. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Bayan Lepas 2, En Nazri Bin Abd Hamid. 
 Pemenang tempat pertama aktiviti explorace sempena Kem Kepimpinan Pengawas.
Barisan guru, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas

Semoga program yang telah djalankan ini dapat membentuk semangat dan nilai kepimpinan di dalam diri murid-murid.