Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .... Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan

Sunday 22 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU SKBL2


Sambutan Hari Guru Peringkat SK Bayan Lepas 2 telah disambut dengan begitu meriah sekali pada 20 Mei 2016 yang lalu. Dengan bertemakan "TWINS", secara berpasangan sama ada dua, tiga, empat atau lima .. Semua pasangan dikehendaki memakai pakaian yang sama dari segi tema, warna, hiasan dan sebagainya.

Pada awal pagi telah diadakan bacaan Yaasin bersama-sama guru dan murid di dewan sekolah. Kemudian diikuti dengan acara memotong kek oleh barisan pentadbir sekolah bersama dengan guru-guru. 
Guru besar, Encik Nazri sedang memotong kek khas sempena sambutan hari guru. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan video khas hari guru yang memaparkan tentang suasana dan barisan-barisan ahli keluarga SKBL2 .. Pembaca boleh menonton video tersebut di laman Youtube [Terima Kasih Cikgu SKBL2] ..
Guru-guru lelaki kelihatan kacak bersama dengan suit dan pakaian masing-masing ..
Selepas waktu rehat, acara diteruskan lagi dengan perarakan masuk "TWINS" ke ruang legar dewan utama .. Setiap pasangan kembar akan berarak mengikut giliran masing-masing ..
Murid-murid begitu teruja dengan kostum dan pakaian yang diperagakan oleh guru-guru pada hari istimewa itu.. Setiap pasangan yang berarak masuk dikehendaki menunjukkan gaya yang tersendiri dan mempamerkan personaliti kembar masing-masing ..
Bersemangat pula guru besar SKBL2 .. haha
Barisan kembar-kembar SKBL2 .. Bermacam-macam tema, rupa, warna, dan gaya ..

Selepas perarakan masuk dan acara bergambar, semua guru dan murid menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Kaulah Lilin" sebagai simbolik sambutan hari guru pada hari tersebut ..  Majlis ini dipengerusikan oleh Cikgu Nurul Izzati .. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan pertandingan "CLEVER TEACHER" yang terdiri daripada tiga kumpulan peserta guru iaitu PONGG , PINGG dan PENGG .. Cikgu Farhan, Ustazah Hasniza dan Cikgu Aifaa bertindak selaku juru acara bagi pertandingan tersebut..
Terdapat dua slot dalam pertandingan ini .. Yang pertama Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat dan Lihat, buat dan teka .. Pelbagai gelagat guru yang menghiburkan hati dilihat untuk menjawab soalan-soalan yang diberi ..
Selepas selesai pertandingan Clever Teacher, majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan hadiah kepada Mosquito dan Monito .. Seminggu sebelum sambutan hari guru, setiap orang guru dikehendaki mencabut nama-nama guru tertentu untuk dijadikan sebagai Mosquito .. Setiap hari, guru itu (Monito) akan memberikan hadiah secara rahsia kepada Mosquito mereka sehingga pada hari guru diadakan .. Pada sambutan hari guru ini, mereka akan mendedahkan Mosquito dan Monito masing-masing serta saling bertukar hadiah ..
Acara pertukaran hadiah Mosquito dan Monito

Seterusnya, acara yang dinanti-nanti iaitu penyampaian hadiah kepada pasangan kembar paling meletop .. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Brother Bear. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Wild West dan johan dimenangi oleh pasangan Men in Black .. Tahniahh diucapkan ..
Sambutan Hari Guru Peringkat SKBL2 2016 diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan sesi bergambar .. 

TWINS OF SKBL2

- SEHATI SEJIWA -
- CARCA MARBA - 
- BROTHER BEAR -
- MAROON 5 -
- WILD WEST -

SELAMAT HARI GURU !!



Saturday 14 May 2016

KARNIVAL SUKAN SKBL2


Acara tahunan yang sentiasa dinanti-nanti oleh murid-murid dan warga SKBL2 iaitu Karnival Sukan SK Bayan Lepas 2 !! Karnival ini telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mei 2015, Sabtu di perkarangan dataran dan padang SK Bayan Lepas 2 .. Pelbagai acara yang telah dilaksanakan pada hari tersebut .. Naib Pengerusi PIBG, Dr. Azhairy , AJK PIBG  dan ibu bapa turut hadir bagi memeriahkan karnival pada hari itu ..
Persiapan bagi acara pertandingan senamrobik .. Setiap rumah sukan bertungkus lumus bagi memastikan kumpulan rumah masing-masing dapat memberikan yang terbaik semasa hari karnival diadakan .. 
Selamat maju jaya semua !!
Acara pada pagi karnival dimulakan dengan perbarisan masuk setiap rumah sukan di dataran SKBL2 .. Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu SKBL2 dan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKBL2, En. Nazri Abd Hamid ..
Upacara memecahkan belon menggunakan dart sebagai simbolik perasmian oleh barisan pentadbir dan naib pengerusi PIBG ..
Hakim pertandingan senamrobik
Sebaik sahaja upacara perasmian dijalankan, majlis diteruskan dengan acara pertandingan senamrobik oleh setiap rumah sukan .. Apabila muzik dimainkan, setiap rumah sukan akan mempamerkan gerak badan, tarian dan gaya masing-masing di hadapan para penonton .. Untuk makluman semua, lagu yang digunakan untuk pertandingan ini adalah sama dan setiap kumpulan akan membuat persembahan secara serentak .. 
Kumpulan senamrobik dari rumah Kuning

Sebaik sahaja selesai acara pertandingan senamrobik, karnival sukan beralih pula ke pertandingan sukaneka bagi murid-murid .. Acara sukan bagi tahap 2 diadakan di padang sekolah manakala acara tahap 1 diadakan di dataran .. Acara ini dijalankan serentak tetapi di lokasi yang berbeza .. 
Antara acara tahap dua yang dipertandingkan ialah terompah gergasi, isi air dalam botol dan tarik tali ..
Bagi acara tahap 1 pula, antara aktiviti yang dipertandingkan ialah bawa bola menggunakan gelung rotan, bawa bola pingpong menggunakan sudu dan isi air dalam botol .. 
Guru dan murid-murid juga kelihatan turut serta memberikan semangat kepada ahli kumpulan rumah sukan masing-masing ..
Setelah acara murid-murid selesai, karnival sukan diteruskan lagi dengan sukaneka guru di ruang legar dataran sekolah .. Antara acara yang dipertandingkan ialah boling kelapa dan baling belon berair ..
Acara boling kelapa oleh setiap guru rumah sukan dan barisan pentadbir
Acara baling belon berair .. Cara permainannya, belon mestilah dilambung dari belakang dan disambut oleh rakan dibelakangnya tanpa memecahkan belon tersebut ..
Akhirnya pecah .. >_<
Acara yang terakhir ialah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang .. 

Bagi pertandingan senamrobik, Johan dimenangi oleh Rumah Kuning manakala naib johan dipelopori oleh rumah merah .. Manakala tempat keseluruhan dimenangi oleh : Johan (Rumah Merah), Naib Johan (Rumah Kuning), Ketiga (Rumah Hijau) dan Keempat (Rumah Biru) ..  

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Karnival Sukan SK Bayan Lepas 2 ..