Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan .... Datang dengan harapan , pulang dengan kejayaan

Friday 17 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA


Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Bayan Lepas 2 telah diadakan pada 17 Februari 2017. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti merentas desa untuk murid tahun satu hingga enam, sukaneka murid pra sekolah dan tahun satu serta 'Explorace Challenge" untuk murid tahun dua. Semua guru dan murid-murid mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Acara senamrobik bersama semua murid dan guru di perkarangan sekolah diadakan sebagai acara pembukaan pada pagi tersebut. Aktiviti senamrobik ini dikendalikan oleh Cikgu Farhan dan murid-murid Kelab Kebudayaan. 
Seterusnya majlis ucapan dan perasmian oleh Yang Berusaha Guru Besar, Pn Hanzaneza Binti Abd Hamid. Murid-murid begitu teruja apabila gimik pelancaran belon dilepaskan ke udara yang dilakukan oleh Guru Besar. Satu sorakan gembira dan teruja diberikan semasa acara gimik pelancaran diadakan.
 Guru-guru yang bertugas sudah bersedia untuk ke tempat "checkpoint" masing-masing.
Murid-murid perempuan dilepaskan dahulu bagi acara merentas desa pada pagi itu. Terdapat empat lokasi checkpoint yang perlu dilalui oleh semua murid untuk sampai semula ke garisan penamat. Setelah itu, murid lelaki pula dilepaskan di garisan permulaan larian.
Ketika acara merentas desa dilaksanakan , terdapat beberapa acara lain juga turut diadakan pada masa yang sama. Antaranya ialah sukaneka pra sekolah dan tahun 1. Acara sukaneka pra sekolah diadakan di Dewan Terbuka SKBL2 manakala sukaneka tahun satu diadakan di perkarangan sekolah.
Selain itu, pertandingan "Explorace Challenge" untuk murid tahun dua juga turut diadakan. Beberapa lokasi di kawasan sekolah dijadikan "checkpoint" untuk murid-murid melengkapkan tugasan masing-masing. Antaranya makmal komputer, pejabat, pusat sumber, kantin dan lain-lain.
Semua acara yang dilaksanakan berakhir pada jam 11.00 pagi. Pada jam 11.15 pagi , murid-murid dan guru berkumpul di dewan terbuka untuk acara penutupan sempena Kejohanan Merentas Desa.
Johan bagi acara merentas desa kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh Rumah Biru. Pingat dan hadiah kejohanan pada hari tersebut disampaikan oleh Guru Besar , Pn. Hanzaneza Binti Abd Hamid diiringi oleh PK Kokurikulum, En. Khairol Azmin Bin Bashah. Upacara penyampaian hadiah berakhir pada jam 12.00 tengahari. 

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus merancang dan menjayakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Bayan Lepas 2. 




Tuesday 4 October 2016

MALAM MESRA BUDI PIBG


Persatuan Ibu Bapa dan Gur (PIBG) SK Bayan Lepas 2 telah menganjurkan Malam Mesra Budi di Anjung Selera SKBL2. Malam yang bertemakan "merah hitam" itu telah dihadiri hampir 40 orang tetamu yang terdiri daripada YDP PIBG, Naib YDP PIBG, Guru Besar, AJK PIBG, pekerja kantin dan komuniti Kampung Seronok.

Tujuan majlis ini diadakan untuk mengadakan sesi kenal-kenalan bersama Guru Besar SKBL2 yang baharu, Pn Hanzaneza Bt Abd Hamid dengan barisan AJK PIBG dan komuniti. Di samping itu juga, dapat mengeratkan hubungan di antara AJK PIBG SKBL2 dan komuniti Kampung Seronok.
Barisan tetamu yang hadir
Antara menu utama yang telah ditaja oleh YDP PIBG, Dato' Syed Asmadi, kambing golek.
Pelbagai aktiviti yang diadakan pada malam tersebut. Antaranya jamuan makan, cabutan bertuah dan sesi karaoke.
Suasana majlis pada malam tersebut begitu meriah. Semua tetamu yang hadir begitu "sporting" dan dan memeriahkan suasana sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih diucapkan.