Satu latihan kecemasan dan kebakaran telah dijalankan pada 25 Mac 2016 di SK Bayan Lepas 2. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Bayan Lepas 2 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Barat Daya Pulau Pinang.
Murid-murid dan guru berkumpul di tapak kecemasan (padang sekolah SK Bayan Lepas 2)
Guru-guru mengambil kehadiran murid dan memastikan murid berada di kawasan yang telah ditetapkan.
Ketibaan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Barat Daya Pulau Pinang.
Pegawai bomba menyampaikan taklimat berkenaan dengan kebakaran dan kecemasan. Beliau juga turut menerangkan tentang langkah-langkah menyelamatkan diri sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran.
No comments:
Post a Comment